KENALI AL-ITQAN


LATAR BELAKANG RINGKAS

1. Diasaskan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) negeri Pulau Pinang.
2. Mula beroperasi pada 1998 dengan nama Sekolah Al-Islah, Pulau Pinang.
3. Hasil idea Penasihat sekolah iaitu Dr. Danial Zainal Abidin yang merupakan Yang Dipertua (JIM) Pulau Pinang pada masa itu dan ahli-ahli (JIM) Pulau Pinang.

PENASIHAT SEKOLAH
1. Dr. Danial Zainal Abidin - Pengamal Perubatan Islam dan Pakar Motivasi.
2. Prof. Datuk Dr. Muhammad Idiris bin Salleh (Mantan Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia)

KUALITI PENDIDIKAN

1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2.Sentiasa dipantau dan dinilai oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Sentiasa dinilai dan dipantai prestasinya oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhas atau MUSLEH.

FALSAFAH PENDIDIKAN AL-ITQAN
Proses pendidikan yang berteraskan Tauhid untuk membina dan melahirkan Insan Rabbani, Berilmu dan Berakhlak Mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

MOTTO
' Komited Ke Arah Kecemerlangan'

VISI
' Ke Arah menjadi sebuah Institusi Pendidikan yang terulung, seimbang, bersepadu dan disegani di Pulau Pinang.

MISI
1. Mewujudkan tenaga pengajardan staf yang berkemahiran tinggi, dinamik, komited dan sanggup berkorban.
2. Membentuk peribadi pelajar agar menjadi insan Rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
3. Menyediakan prasarana yang lengkap dan berkemampuan kewangan yang kukuh.